NAK KAYA, MASUK SINI

Wednesday, April 21, 2010

lawak ka... sedih ka... singgah dulu

DENDAM MAK MERTUA
(Kesian kaaa… lawak kaaa.. masuk dulu)

Hari ni dah siap tugasan, teringin pulak nak kogsi cerita dengan geng2blog(g2b) semua(bukan geng bas sekolah tau). Entah sedih kaaa… Lawak ka… cerita ni , hanya g2b yang menentukan . semuanya di hujung jari kamu, anda, awak, dll. Sokonglah cerita melayu kita haa. Begini ceritanya

Zaza (glamer name) dan Zack (glamer name) pasangan merpati dari sejak zaman sekolah lagi ..pi mana-mana berdua ke kantin, ke kelas , luaq kelas, ke garden kecuali ke toilet x boleh sekali. Nak mampus masuk. haa...haa.

Setelah tamat sekolah menengah, sambung masuk U kat KL pulak. mereka bagaikan belangkas (belangkas pun x mcam tu) yang x dapat di pisahkan lagi (kembar siam ka).. .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. (muka orang baca tu kasi leleh sikit, x abih lagi samb.. balik)

Mak Loma (ibu Zaza ) yg bengis, sombong, bongkak dan setaraf denganya suka kongkong Zaza (nank tunggal la katakana..). Di pendekkan cerita, Mak Loma dapat tau Zaza keluar dgn Zack dari persidangan meja kecik tembok depan rumah jiran. Apalagi melenting la Mak Loma tuu.. kamu2 semua nak tahu ,kenapa Mak Loma x suka Zack (orang miskin lee..)

Mak Loma sanggup stop pengajian zaza utk pisahkan mereka ( tu.. la.. melekat sangat). Lain pulak Zack, dah tau Zaza behenti belajar terus masuk meminang . Orang tua-tua kata ajal maut, jodoh pertemuan semua ditangan tuhan. Mak Loma redo dengan ketentuan Ilahi (kuat oo… jodoh lepa)

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan ...... Mereka cadang ber honeymoon ke Pulau Lagenda ( muka happy)...... .tapi belumpun sampai ke dentinasi percutian, malang telah menimpa Zaza dan Zack (muka sedih). Kemalangan itu menyebabkan muka Zaza yang cantik manis telah bertukar menjadi cacat (muka macam Dyesabell ada kaki-cerita duyung filipin)seumur hidup. Apa lagi bertambah2 geledak (macam gunung berapi meletup)la Mak Loma pada menatunya Zack .....

Zack cuba elokkan keadaan..... ... dengan jumpa doktor bagi merawat muka isterinya dengan menderma kulitnya (kaw. kulit paling mantop gitu…. Hee..). Zack minta doctor rahsiakan dari isteri dan mertuanya.
Dah seminggu Zaza buat pembedahan, muka Zaza cantik kembali Mak Loma sangat gembira melihat perkembangan muka Zaza lebih cantik dari dulu dan memeluk cium muka Zaza bertalulu (Zaza dalam kelemasan atas katil ..ahaa jgn otak blue coz maknya peluk sampai nak bernafas pun x boleh tu yang lemas…). Doktor kembang kempis senyum lihat telah dua beranak tu…Tapi dendam Mak Loma pada Zack tidak pernah padam (asyik nyala ye..).

Dengan konfiden Mak Loma tanya doctor, sapa yang derma kulit pada anaknya dengan konfiden juga doctor jawap rahsia. Mak Loma kembali mencium anaknya berkali-kali (syok anak segak balik)

;;;;;;;;;;;;;;;
Nak tau dak Zack bagi kulit kat mana teng…teng….
Sebenarnya Zack menderma kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan MakLoma (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana agaknye erkkk riaksi ibu mertua. 10q doctor kerna simpan rahsia..

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, bukan 3 mata ok, tiada ada kena-megena dengan orang yang hidup ataupun yang telah mengigal dunia. Kalau ada I’m sorry .Sekian… minta g2b komen cikit…

6 comments:

~ Ann ~ said...

hahaha.. ada persidangan depan pintu yer.. cets..

mak loma mak loma.. cium la hangit tu.. hahaha

Inamizan said...

cik ~ann~ mak loma pendek. cium depan idung dia saja...

marsita said...

hehehe..kelakar la. aku syum meleret bace cite ni. mak loma mak loma..huhu

Inamizan said...

10q marsita. mai join blog akak kk..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

hahahaah, sakit perut sis baca entry nie

macam2 ada..hhehehe
salam dr GB

Inamizan said...

10q, laaa. sakit perut masuk toilet cepatt....