NAK KAYA, MASUK SINI

Thursday, June 17, 2010

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG


Kira-kira 2 tahun yang lepas, seorang hamba Allah yang amat Berjaya dalam perniagaan serta dihormati/disegani di kampungnya. telah kembali ke rahmatullah. Semasa jenazah berada di ruang tamu untuk diuruskan, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazah sambil merungut-rungut.. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kakak ipar arwah (kakak balunya) hairan dengan kelakuan kurang sopan adiknya dan bertanya akan sebabnya. Si balu memberitahu bahawa suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat, Kandungan surat wasiat Allahyarham di baca dengan teliti oleh peguam,  Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. " "Kebahagiaan aku selama ini hanya  dengan  amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah kakak iparnya faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

Monday, June 14, 2010

"Kantoi Ngan Bos"



rehat sat no...