NAK KAYA, MASUK SINI

Monday, April 26, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

kepada semua gb2/bukan gb renung-renungkanlah, mungkin ada hikmahnya… wanita aje tauuu...untuk lelaki...... tungguuuuu.

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Wednesday, April 21, 2010

lawak ka... sedih ka... singgah dulu

DENDAM MAK MERTUA
(Kesian kaaa… lawak kaaa.. masuk dulu)

Hari ni dah siap tugasan, teringin pulak nak kogsi cerita dengan geng2blog(g2b) semua(bukan geng bas sekolah tau). Entah sedih kaaa… Lawak ka… cerita ni , hanya g2b yang menentukan . semuanya di hujung jari kamu, anda, awak, dll. Sokonglah cerita melayu kita haa. Begini ceritanya

Zaza (glamer name) dan Zack (glamer name) pasangan merpati dari sejak zaman sekolah lagi ..pi mana-mana berdua ke kantin, ke kelas , luaq kelas, ke garden kecuali ke toilet x boleh sekali. Nak mampus masuk. haa...haa.

Setelah tamat sekolah menengah, sambung masuk U kat KL pulak. mereka bagaikan belangkas (belangkas pun x mcam tu) yang x dapat di pisahkan lagi (kembar siam ka).. .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. (muka orang baca tu kasi leleh sikit, x abih lagi samb.. balik)

Mak Loma (ibu Zaza ) yg bengis, sombong, bongkak dan setaraf denganya suka kongkong Zaza (nank tunggal la katakana..). Di pendekkan cerita, Mak Loma dapat tau Zaza keluar dgn Zack dari persidangan meja kecik tembok depan rumah jiran. Apalagi melenting la Mak Loma tuu.. kamu2 semua nak tahu ,kenapa Mak Loma x suka Zack (orang miskin lee..)

Mak Loma sanggup stop pengajian zaza utk pisahkan mereka ( tu.. la.. melekat sangat). Lain pulak Zack, dah tau Zaza behenti belajar terus masuk meminang . Orang tua-tua kata ajal maut, jodoh pertemuan semua ditangan tuhan. Mak Loma redo dengan ketentuan Ilahi (kuat oo… jodoh lepa)

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan ...... Mereka cadang ber honeymoon ke Pulau Lagenda ( muka happy)...... .tapi belumpun sampai ke dentinasi percutian, malang telah menimpa Zaza dan Zack (muka sedih). Kemalangan itu menyebabkan muka Zaza yang cantik manis telah bertukar menjadi cacat (muka macam Dyesabell ada kaki-cerita duyung filipin)seumur hidup. Apa lagi bertambah2 geledak (macam gunung berapi meletup)la Mak Loma pada menatunya Zack .....

Zack cuba elokkan keadaan..... ... dengan jumpa doktor bagi merawat muka isterinya dengan menderma kulitnya (kaw. kulit paling mantop gitu…. Hee..). Zack minta doctor rahsiakan dari isteri dan mertuanya.
Dah seminggu Zaza buat pembedahan, muka Zaza cantik kembali Mak Loma sangat gembira melihat perkembangan muka Zaza lebih cantik dari dulu dan memeluk cium muka Zaza bertalulu (Zaza dalam kelemasan atas katil ..ahaa jgn otak blue coz maknya peluk sampai nak bernafas pun x boleh tu yang lemas…). Doktor kembang kempis senyum lihat telah dua beranak tu…Tapi dendam Mak Loma pada Zack tidak pernah padam (asyik nyala ye..).

Dengan konfiden Mak Loma tanya doctor, sapa yang derma kulit pada anaknya dengan konfiden juga doctor jawap rahsia. Mak Loma kembali mencium anaknya berkali-kali (syok anak segak balik)

;;;;;;;;;;;;;;;
Nak tau dak Zack bagi kulit kat mana teng…teng….
Sebenarnya Zack menderma kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan MakLoma (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana agaknye erkkk riaksi ibu mertua. 10q doctor kerna simpan rahsia..

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, bukan 3 mata ok, tiada ada kena-megena dengan orang yang hidup ataupun yang telah mengigal dunia. Kalau ada I’m sorry .Sekian… minta g2b komen cikit…

Tuesday, April 20, 2010

Nak Pandai Tengok Petua ni


Di sini saya ingin berkongsi, bagi menjadi seorang yang berjaya/cemerlang dalam hidup . Ikutilah petua-petua di bawah:

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) membrika tumpuan sepanuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utama
g) catat / lakar
h) semak semula ketepatan maklumat
i) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusan
k) jawab soalan
l) tampal maklumat yang rumit di dinding
m) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi guru
e) bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allah
i ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran


Haaa, macam mana dah faham, kalau macam tu prektikan jangan baca aje buatnya tidak , xjadi juga, kita sama-sama lakukan apa yang disuruh ok… SEMOGA ANDA MENJADI SALAH SEORANG YANG CEDIK PANDAI

Monday, April 19, 2010

selesa sauna di rumah

Diva Steam Sauna

Nikmatilah sauna mandi wap yang pertama seumpanya di Malaysia priversi di rumah (diva steam sauna) harga RM480.00. percuma kerusi lipat, herba sauna dan pengurut kaki kayu.
Menggunakan kain yang berkualiti, kalis air dan tahan lama. Paling mudah di pasang, si simpan dan di bawa kemas sahaja.
Mempunyai 5 tahap kepanasan yang boleh anda sesuaikan.
Anda boleh bersauna di lokasi yang anda suka di dalam rumah seperti di ruang tamu sambil menonton tv, dalam bilik, di tempat tertutup yang ada suasana yang damai atau di mana jua anda suka untuk bersauna.

Kebaikan sauna:
1.  Membakar lemak
2.  menurunkan berat badan sistemetik
3.  Membuang toksit
4.  Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin
5.  Memberi ksgaran anda selepas penar kerja seharian
6.  merawat masalah resedung dan jerawat
7. Pulihkan strok, merawat kaki bengkak, darah beku dll.

Sunday, April 18, 2010

Kek Coklat Lembap

bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum }
1/2 sudu teh soda bikabonor } satukan bahan ini
1/2 sudu teh baking pawder } untuk sekata
1 cawan tepung koko }
2 cawan gula castor
2 biji telor
1 cawan minyak jagung
2 cawan susu segar

topengnya
tepung koko
susu pekat
minyak jagung

Cara penyediaan:

1. gula dan telur putar hingga kembang
2. masukkan susu dan sendukkan tepung sedikit-sedikit
3. last sekali masukkan minyak jagung
4. bakar dengan suhu 180 calcius
5. bila kek sejuk dan hias dengan topeng coklat
6. simpan di dalam peti sejuk untuk lebih kelazatannya.




saya harap anda semua patut mencubanya. sedapppppp.....Kalau xpercaya cuba dan nikmatilah hidangan kek ini ketika sejuk, bersama anak-anak, ketika menonton tv dengan keluarga dan tidak kira di mana. Yang pasti perut anda kenyang.

Thursday, April 15, 2010

Dunia Merin

foto hidupan merin sebagai kenang-kenangan

cantik dipandang sedap dimakan, susah mencari tapi dengan ketengan boleh diperolehi.mai la kita pi cari sama-sama


cantiknya suasan di dasar tapi awas , ada bahaynya, sekiranya kita rajin dan komitmen pasti berhasil



betapa cantiknya alam di dasar lautan

Thursday, April 8, 2010

Suasana Di Ambang Malam


TENANG JIWA....

Lokasi Cantik



Cuba teka kat mana ni.... tentu la kat pulau Langenda Langkawi

Wednesday, April 7, 2010

Program Pendidikan Score A


Kejayaan anak anda adalah kejayaan anda mendidik.. sekiranya anda melanggan program score a. Belajar secara online dimana jua anak anda berada, di rumah, disekolah, di perpustaan awam dll. Ibubapa boleh pantau melalui e-report card.nak tau lebih lanjut hubungi Kak Iena di 019 4170804

Tuesday, April 6, 2010

Pakej Pancing Ikan dan Candat Sotong

Kalau sapa-sapa nak pi pancing ikan kat pulau lagenda, mai la kami sediakan pakej memancing untuk empat(4) orang.Pakej siang dan pakej malam. Nak tau lebih lanjut hubungi Mizan 019 4979919