NAK KAYA, MASUK SINI

Monday, April 26, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

kepada semua gb2/bukan gb renung-renungkanlah, mungkin ada hikmahnya… wanita aje tauuu...untuk lelaki...... tungguuuuu.

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

2 comments:

Sue Anna Joe said...

Thanks for sharing. Sehidup semati. Harap-harap, dua-dua masuk syurga. Haih... Takut juga bila pikir.

*Kak Teh* said...

wellcome2 sue nnt hebah2kan lah yee.. dapat pahala :))